Sunday 15 December 2013

AWAS SI PENIPU !!!!!

SILA SEMAK NOMBOR HP DAN NO AKAUN PENIPU BERIKUT SEBELUM MENERUSKAN SEBARANG TRANSAKSI ATAU TINDAKAN !

JIKA ANDA MENDAPAT SMS ATAU DI HUBUNGI OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DI KENALI YANG MENAWARKAN SEBARANG BONUS ATAU KOMISYEN,SILA GOOGLE TERLEBIH DAHULU NOMBOR TERSEBUT ATAU TERUS HUBUNGI CARELINE UTK PENGESAHAN !

NOMBOR AKAUN YANG DISYAKI MENIPU :

NAMA: MOHD SHAHRIM AKIMEE BIN MUDA  AKAUN CIMB : 13020 00368 4209
NAMA:  NURAIMI ROSLI  /  AKAUN B.ISLAM: 13035 02048 6815
NAMA : AZARUDIN BIN MOHAMED / AKAUN MAYBANK : 504115503075
NAMA : AZARUDIN BIN MOHAMED / AKAUN CIMB : 04110014262522
NAMA : SITI IZMAWATI / AKAUN MAYBANK : 113042048280


TEKNIK PENIPUAN YANG DI KENAL PASTI (UPDATE JUNE 2013)

Ingin daftar agen topup bersama anda, mengatakan sudah bank-in yuran. Tetapi sebenarnya BELUM bank-in. 

Sudah menambahkan modal melalui akaun bank anda. Tetapi sebenarnya tidak. 

Ingin topup dengan anda. Tetapi meminta ingin topupkan dahulu dan berjanji untuk membayar kemudian kerana alasan kecemasan (urgent). 

Menawarkan tambahan modal bonus, kononnya wakil dari syarikat [A&A Mobile/Benzmobile] untuk mendaftarkan dia sebagai downline dan daftar Yahoo Messenger untuk ID YM dia. Setelah didaftarkan dia boleh mengakses
akaun topup anda melalui YM dia dan memindah baki modal anda ke ID dia. 

Mendapat SMS yang kononnya dari syarikat[A&A Mobile/Benzmobile] untuk mengemaskini akaun anda dan meminta anda memberi maklumat
No.telefon dan PIN. Jangan sesekali dedahkan PIN anda kepada sesiapa. 

Mendapat SMS yang kononnya dari syarikat yang menawarkan pendaftaran agen topup secara percuma tetapi perlu modal permulaan dan sila bank-in ke
akaun bank tertentu. Untuk kepastian kes ini, sila hubungi careline 
                                                         (09-9551940/0139009134). 

Mendapat SMS yang kononnya ada membekal kad topup fizikal dengan harga murah. Semak nombor telefon penghantar atau nombor akaun
penghantar sebelum percaya. 

Mendapat SMS seperti: "TYM.bonusmodal.1234" atau "TNO.0139089080.1234" dan diminta suruh hantar ke server ( Server A&A Mobile). Jangan sesekali ikut. Kerana itu format TYM= Tambah YM, TNO= Tambah No untuk Penipu akses akaun anda. 

Mendapat SMS seperti: "BENZMOBILE: sila berikan password dan id anda untuk bonus modal". Ini salah satu tektik yang biasa digunakan untuk umpan agen. Jika anda agen yang bijak, pasti anda tidak memberikan password dan ID anda kepada sesiapa. Pihak syarikat tidak pernah meminta password & tidak pernah menawarkan bonus modal. 

 Mendapat SMS seperti: "BENZMOBILE: Tambah modal RM150 dapat bonus RM200, Tambah modal RM200, dapat RM300" . Peringatan bahawa pihak syarikat tidak pernah menawarkan bonus penambahan modal. Elakkan diri daripada perangkap untuk meminta deposit wang ke akaun selain daripada akaun syarikat BENZMOBILE.

No comments:

Post a Comment

Tarian Tulang